Thursday, January 19, 2012

posting siri 2



Selama seminggu masa diperuntukkan sebelum tarikh posting bermula iaitu 16 januari 2012.
Aku menunggu dan menunggu kat mana daerah yang aku bakal ditempatkan. Benda ni berkait jugak dengan tiket penerbangan aku, sebab bila kita tahu tempat kita akan mendarat, kita tau daerah mana yang kita bakal dipostingkan. Sarawak tu besar yeop! Ada beberapa lapangan terbang tempat kami bakal guru mendarat iaitu Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Pagi 16hb tu, aku dikejutkan dengan call dari Faiq, yang gitau aku dapat ke Baram. Dia pun dapat Area yang sama jugak. Rasa terkejut dengan kadar berganda, tapi lega sikit la... at least ada jugak geng sama2 kat sini. Abang Man Kuala pernah gitau aku, yang aku dapat Baram , Miri. Dia leh cek sebab ada sedara kat Sarawak katanya. Aku ingat dia Cuma main main.... tak sangka pulak jadi kenyataan. Hahaha....



So, aku terus call BIG BOSS aka Ayah dan mak aku gitau aku dapat baram. Time tu diorang kat sekolah, hari isnin kan keje. Kat Portal KPM tu bagitau, aku mesti check in ke Hotel Pan Facific Klia, petrang jugak. Kelam kabut ayah dengan mak balik awal ke rumah. Terus pack barang, dan shoot direct ke KLIA.

1 comment:

Zaja Zaidin said...

jai pun baram gak...tapi dia after raya cina...so nnti korg ley balik skali. :)