Monday, July 11, 2011

Servis Perodua kancil =37+++ KM

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari sabtu lepas, 9 Julai 2011 dah tiba masa untuk servis rutin perodua kancil aku memandangkan milage dah menunjukan 37700km.

Sebenarnya due date untuk servis dah terlepas hampir sebulan, tapi disebabkan kancil aku jarang bergerak jauh, aku lanjutkan dulu waktu servisnya.

Macam biasa, kalau di Area KL aku akan servis di Perodua SC Desa Tun Razak cheras, Sebab dekat sangat dengan rumah aku.

Appointment dah dibuat seminggu lebih awal ( perodua servis kena buat appointment dulu, baru dia layan, hahahha)

Time sampai aku sembang sembang dulu dengan bang Sajen (Servis Advisor) kat situ. Rupanya ramai customer cancel appointment untuk servis disebabkan mereka tak berani on the road sebab ada BERSIH pada hari tu. Hahahaha



so, aku just pilih BASIC SERVICE yang melibatkan item seperti berikut

Minyak Enjin Semi Sintetik PERODUA 5W/30 3 L RM 59.00
Oil Filter RM 12.95
Drain Plug gasket RM 4.80
labour charge RM 28.00

terdapat juga pemeriksaan V belt, cuci air filter, adjust ignition timing dan dan engine idle speed.

Disebabkan bateri kereta aku dah berusia lebih 2 tahun ( aku pakai maintenance free bateri), aku suruh depa cekkan sekali dan resultnya seperti berikut.

Bateri aku kena recharge. aduyai.

Hati aku dah berkata kata, Bateri MF ni tak boleh nak charge, lagi satu, kalau dia nak kong, memang tak bagi apa apa warning. Ahahaha, mau tersadai aku kalau bateri ni dah mula kong.

Maka aku ambil keputusan untuk untuk Brand New terus. Prevention is Better than the Cure. Hehehe. Waranti 1 tahun dan kad waranti diberikan sekali.





Kos Bateri Perodua RM 195.00
diskaun 10 % ( aku Ahli KAPMA) maka dapat la RM 175.50
Mahal kan ? ( apa ada hal, janji ori) Hahhahaha

maka, siap la servis kereta aku. Bateri lama aku bawak balik, Kot kot boleh guna nak pasang lampu ke apa ke....

Total termasuk tax RM 301.43 ( tax RM 1.68)
diskaun 10% untuk oil filter, oil drain plug dan bateri RM 21.28
so total kos kena bayar RM 280.15

Kenapa aku bayar lebih? Sebab kancil ni still ada waranti dan so far, claim waranti untuk beberapa masalah kecil yang jadi masa lepas tak mengecewakan.

enjin bay lepas selesai dengan bateri baru. Pomen tu cucikan balik tapak tempat bateri tu semua.



So, dah selesai tugas pada hari sabtu ni. Pasni bawak kereta jalan jalan pulak. Hehehe
Next Service, aku nak wat major service pulak.

thanks kerana membaca entri aku pada kali ni. Wassalam.