Thursday, January 19, 2012

posting siri 2



Selama seminggu masa diperuntukkan sebelum tarikh posting bermula iaitu 16 januari 2012.
Aku menunggu dan menunggu kat mana daerah yang aku bakal ditempatkan. Benda ni berkait jugak dengan tiket penerbangan aku, sebab bila kita tahu tempat kita akan mendarat, kita tau daerah mana yang kita bakal dipostingkan. Sarawak tu besar yeop! Ada beberapa lapangan terbang tempat kami bakal guru mendarat iaitu Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Pagi 16hb tu, aku dikejutkan dengan call dari Faiq, yang gitau aku dapat ke Baram. Dia pun dapat Area yang sama jugak. Rasa terkejut dengan kadar berganda, tapi lega sikit la... at least ada jugak geng sama2 kat sini. Abang Man Kuala pernah gitau aku, yang aku dapat Baram , Miri. Dia leh cek sebab ada sedara kat Sarawak katanya. Aku ingat dia Cuma main main.... tak sangka pulak jadi kenyataan. Hahaha....



So, aku terus call BIG BOSS aka Ayah dan mak aku gitau aku dapat baram. Time tu diorang kat sekolah, hari isnin kan keje. Kat Portal KPM tu bagitau, aku mesti check in ke Hotel Pan Facific Klia, petrang jugak. Kelam kabut ayah dengan mak balik awal ke rumah. Terus pack barang, dan shoot direct ke KLIA.

Wednesday, January 18, 2012

cerita posting siri 1

Setelah mengganggur tak berapa lama lepas tamat belajar PISMP ( Program ijazah Sarjana Muda Perguruan), tibalah masa untuk di” posting”(ditempatkan ke sekolah). Masa untuk kerja la, ye dok?


Tunggu punya tunggu, maka pada 9 hb januari, keputusan posting aku pun keluar di web portal KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia).


Time tu tengah malam, aku terkejut pada kadar yang agak maksima, tapi nasih boleh dikawal. Aku bawak laptop kat abang long aku, dia reaksi senyap je.... Aku tunjuk plak laptop kat mak, dia diam dan tercengang. Lepas tu aku call ayah, dia pun terkejut + blur. Time tu dia pegi kuar minum dengan kawan dia.

Nak tak nak aku mesti pegi. Tiada pengecualian. Mungkin kat sana rezeki aku. Bak kata mak, ada hikmah besar Allah SWT tempatkan aku ke sana. Mungkin aku lebih terdidik untuk atur hidup yang lebih tersusun, lebih “give” daripada “take” , belajar bergaul, belajar benda baru dan dapat pengalaman yang takkan dapat di tempat lain.

ok, masa untuk wat persiapan. Jauh bebeno ni yeop teman nak gerak ni!