Thursday, December 8, 2011

Atuk Proton Saga


"Untuk tatapan semua...

dengarlah kisah hidupku ini.

Aku dilahirkan di negeri jepun sekitar 1979,aku masih ingat lagi sewaktu aku dipisahkan dengan ribuan kembar seirasku..cuma berlainan colour je.

Hatiku amat sedih bercampur gembira,gembira kerana aku akan dihantar ke negara MALAYSIA.

Aku tahu yang diriku ini akan dimiliki oleh orang-orang kaya di sana...

sampai je aku di sini...aku hanya berehat sekitar 2 hari je,kemudian aku dimiliki oleh seorang pegawai kerajaan yang mempunyai 6 orang anak dara yang sihat-sihat belaka.Seterusnya aku terus 'dikerjakan' ( sendiri mau ingat la macam mana aku ketika itu ).

Ekonomi Malaysia berkembang dengan cepat sekali,begitu juga dengan teknologi permotoran.Macam-macam model baru keluar,hinggakan suatu hari tuan aku menjual diriku yang tak bersalah ni.

Sejak daripada itu aku sering bertukar tuan...terasa diriku ini ibarat seekor toyol...Asyik tukar tuan je.

Tapi aku bersyukur,kerana kesemua tuan aku menyayangi diriku ini dengan sepenuh hati,dan menjaga diriku dengan baik walaupun aku sudah 'senja'.

Kulitku tidak lagi segebu dulu,kurap-kurap dan kudis-kudis mula menjalar keseluruh tubuhku..mujurlah tuan baruku ini menyapu ubat colour merah tu...( aduhh..pedih sekali )...

tapi dia amat sayang sekali kepada ku...( eleh..sebab tak ada kereta lain la tu..)

...Terima kasih tuan..










GRAND PRIX pertama di Tanah Melayu

Tahukah anda, Perlumbaan Grand Prix pertama di anjurkan di Tanah Melayu sebelum penubuhan Malaysia ialah di Johor Bahru

Grand Prix pertama dianjurkan oleh Almarhum Sultan Sir Ismail ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim pada 1940 yang ketika itu masih bergelar Tunku Mahkota Johor.



Perlumbaan terbabit adalah bertujuan untuk mengisi tabung perang. 4 perlumbaan dilepaskan dalam acara yang berlangsung selama 2 hari.



Penyertaan hanya terbuka kepada peserta yang dijemput sahaja. Jemputan terbabit dihantar ke semua daerah di Johor termasuk Singapura, Perak, Pulau Pinang dan Melaka.

Grand Prix kedua pula hanya di anjurkan pada 1948.


Kali ini Singapore Motor Club yang baru ditubuhkan ketika itu menjadi penganjur dan menerima sokongan dari Tunku Mahkota sendiri.



Grand Prix pada 1948 ini hanya berlangsung selama 1 hari dengan 4 perlumbaan dilepaskan; iaitu 2 untuk kategori motorsikal dan 2 untuk kategori kereta.

2 kategori motorsikal adalah untuk 350cc ke bawah dan satu lagi ialah 351cc keatas. Kedua-dua perlumbaan kategori motorsikal adalah sebanyak 5 pusingan.

Untuk Kategori Kereta pula ialah untuk kereta 1,500cc kebawah yang berlangsung sebanyang 5 pusingan.

Manakala 1 lagi kategori Kereta ialah untuk kereta Formula One, 1,500cc supercharged dan 4,500cc supercharge dan berlangsung sebanyak 10 pusingan.


Sebanyak 88 penyertaan dicatatkan pada 1950 dan 101 penyertaan pada 1952.

Jumlah penonton juga tidak kurang hebatnya ketika itu dan jumlah penonton terbesar dicatatkan pada 1952 dengan seramai 35,000 penonton menyaksikan perlumbaan secara langsung.

Jumlah jarak keseluruhan litar untuk satu pusingan ialah sejauh 3.7 kilometer.

Ianya juga merupakan litar dikawasan sekitar bandar Johor Bahru dengan kombinasi laluan lurus dan selekoh perlahan.

Perlumbaan dimulakan dihadapan Pejabat Pos Johor Bahru dengan melalui laluan lurus pesisir pantai Lido yang dikenali dengan nama Jalan Tai Heng ketika itu atau sekarang laluan berkenaan lebih dikenali sebagai Jalan Sultan Ibrahim.

Pelumba kemudian akan membelok ke kanan menuju ke Zoo Johor bersebelahan Masjid Abu Bakar dan melalui bukit di Jalan Gertak Merah.
Laluan lurus sepanjang Jalan Ayer Molek pula membolehkan setiap pelumba melakukan pecutan sehingga ke garisan start/finish di hadapan Pejabat Pos Johor Bahru.



Harga tiket pula ditetapkan pada harga 5 Straits Dollars dan tiket boleh dibeli di Singapura dan Johor Bahru.

Kebanyakan yang menyertai perlumbaan ialah dari golongan berada dan hartawan dari Singapura dan Malaysia.

Untold History : Pengasas "Yakuza" Jepun Di Malaya

dipetik daripada carigold.com

Bear in mind - populasi Jepun di Malaya 100 tahun dulu... lebih tinggi dari orang India.. malah.. Jepun lebih Melayu dari Melayu.. klu tak sebab perang.. dorang maybe jadi 2nd largest population than Malay in Malaysia and jadi lebih Melayu dari Melayu Urban

Tani Yutaka




Dilahirkan di Terengganu pada 1910, anak lelaki dari satu keluarga Jepun... yang berniaga kedai runcit di Hulu Terengganu.. dia suke berbaju melayu dan bersongkok mcm orang2 Melayu.




Bekas rumahnya di Terengganu masih ada lagi pada tahun sekitar hujun 1940'an.. rumah papan mcm rumah orang melayu lain.




TRAGEDI OKTOBER

Sometime in 1930's...bile Jepun invaded Manchuria.. chinese revolted against japanese oversea... adik perempuannya (dua dari kanan) dirogol dan dibunuh oleh orang2 Cina di Terengganu.


Ditambah lagi dendam... pelaku2 tersebut dibebaskan oleh mahkamah British....

Dari 1933.. Tani Yutaka mengganas di terengganu dan kelantan dengan merompak business2 cina dan British... yang bestnye.. ramai ahli kumpulan gangster yakuza ni terdiri oleh orang Melayu

Siape sangka budak Jepun muke baik sopan santun yg masuk Melayu ni jadi gangster yg amat ditakuti cine dan British pada tahun 1930's to 1940's

LAGENDA

Name dia tak dikenali disini.. tapi.. amat dihormati di Jepun.. sehinggakan.. dibuat filem khas untuknya pada tahun 1943 untuk mengenang semangat juangnya itu.





Yang paling bestnyer pulak.. cerita Jepun ni, semua pelakunnye tentulah Jepun.. TAPI.. semua pakai baju Melayu... dah jadi mcm cerita P Ramlee plak macam

WORKS

Dia meneruskan kebrassballanya bersama2 geng2 nya dalam kerja2 sabotage British mase WWII.. then, tak lame lepas Jepun menawan Singapore.. dia mati akibat malaria di Johor

YAKUZA CONNECTION



"Yamada Gang" dalam cerita Young & Dangerous V... adalah name (Yamada & Co.) kedai bapanya di Terengganu.



komen dalam carigold :

bg aku, pe yg menarik bile org Jepun sndri memfilemkn ttg semangat juang bangsa diorang di tempat n negara yg bukan tanah asal diorang...n agk menarik bile lakonan dlm filem perjuanagn bangsa diorang tu, pelakon2 memakai baju melayu...nice one...filem tu thun 1943 beb...