Thursday, December 8, 2011

Atuk Proton Saga


"Untuk tatapan semua...

dengarlah kisah hidupku ini.

Aku dilahirkan di negeri jepun sekitar 1979,aku masih ingat lagi sewaktu aku dipisahkan dengan ribuan kembar seirasku..cuma berlainan colour je.

Hatiku amat sedih bercampur gembira,gembira kerana aku akan dihantar ke negara MALAYSIA.

Aku tahu yang diriku ini akan dimiliki oleh orang-orang kaya di sana...

sampai je aku di sini...aku hanya berehat sekitar 2 hari je,kemudian aku dimiliki oleh seorang pegawai kerajaan yang mempunyai 6 orang anak dara yang sihat-sihat belaka.Seterusnya aku terus 'dikerjakan' ( sendiri mau ingat la macam mana aku ketika itu ).

Ekonomi Malaysia berkembang dengan cepat sekali,begitu juga dengan teknologi permotoran.Macam-macam model baru keluar,hinggakan suatu hari tuan aku menjual diriku yang tak bersalah ni.

Sejak daripada itu aku sering bertukar tuan...terasa diriku ini ibarat seekor toyol...Asyik tukar tuan je.

Tapi aku bersyukur,kerana kesemua tuan aku menyayangi diriku ini dengan sepenuh hati,dan menjaga diriku dengan baik walaupun aku sudah 'senja'.

Kulitku tidak lagi segebu dulu,kurap-kurap dan kudis-kudis mula menjalar keseluruh tubuhku..mujurlah tuan baruku ini menyapu ubat colour merah tu...( aduhh..pedih sekali )...

tapi dia amat sayang sekali kepada ku...( eleh..sebab tak ada kereta lain la tu..)

...Terima kasih tuan..










No comments: