Friday, January 8, 2010

papa mama

teman dedikasikan lagu ni untuk mak dan ayah kat umah tu.

terima kasih kerana sentiasa menyokong teman dari kecil sehingga la sekarang


Thursday, January 7, 2010

BANYAK BERCAKAP SERLAHKAN KELEMAHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Seseorang Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat dan mengadu domba. Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam memberi banyak peringatan mengenai perkara itu dan antaranya, sabda Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Tidaklah dihumban muka manusia ke dalam Neraka itu sabagai hasil ‘tuaian’ (ejekan) lidahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam juga bersabda : “Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Riwayat at-Tirmizi). Pesan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan sesiapa yang banyak dosanya, api Nerakalah paling layak untuknya.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi.)

Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata, ketahuilah, seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam.” (Riwayat Bukhari & Msulim.)

Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Syurga. Jawab Baginda: “Taqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan keindahan akhlak.” Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Neraka? Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan.” Sabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lagi: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksaan-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.” (Hadis riwayat Ibnu Abib-Dunya.)

Ibnu Abib-Dunya meriwayatkan, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak masuk Syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”

Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah langsung. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengurniakan hambaNya dengan sebaik-baiknya nikmat dan nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredhaiNya. Ingatlah bahawa alam Akhirat bukan perkara yang main-main.


"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." surah Al-Hadid, 20.

Apa yang baik itu datangnya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

Tuesday, January 5, 2010

keluhan perantau




Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku

Ku kembara berkelana
Dan membawa hati luka
Di manakah kan ku temui
Sinaran cinta suci

( korus )
Dari desa ku merantau
Ku memburu cita-cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahagia

Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan ku temui
Sinaran cinta suci