Monday, May 23, 2011

kata-kata jadi nyata


kadang - kadang madah pujangga ni bagi efek jugak

Kisah Cinta, Perempuan Sukakan Kejujuran Dalam Cinta?


“Awak, saya tanya sikit boleh?” Fara, awek aku tiba-tiba menyapa ketika kami sedang merendek di taman.

Hari ni 10 hb Januari, genap 3 tahun sudah kisah cinta kami. Seperti pasangan-pasangan lelaki dan perempuan yang lain, asal ulangtahun percintaan je, mesti la celebrate sama-sama. Perkenalan kami bermula di USM, kami sekelas dahulu.

“Ye???” balas aku.

“Macam mana awak boleh ngorat saya? Apa yang special sangat dekat saya sampai awak ngorat saya ni dulu….?” manja je Fara bertanya kat aku. Matanya bersinar-sinar. Nampak sangat ada curiosity kat matanya.

“Nak jawapan jujur ke tipu???”

“Jujur laaaaa…..” Fara merengek-rengek sambil cubit lengan aku…

“Ehmmmmmmmm…. Saya sebenarnya suka dengan tongek punggung awak. Tiap kali awak ke kelas, saya naik geram tengok awak dress up baju kebarung. Hari-hari saya skodeng bontot awak dari jauh. Sebab tu dalam kelas saya selalu duduk dekat belakang supaya saya boleh skodeng bontot awak…… Tu la puncanya saya terpikat de…….”

Belum pun aku habis cakap, tiba-tiba…

PELEMPANGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!



Hari ni 14 hb Januari… Pipi aku merah… dah 4 hari masih tak hilang-hilang lagi merah kat pipi aku ni…

Celaka ko Fara!!! Ko suruh aku jujur, tapi last-last ni yang aku dapat.

Ni la perempuan… nak minta kita jujur, bila kita jujur, dia pula macam taikkkkk…Ceeehhhh..

mohazam said:: hahahahha

Sunday, May 22, 2011

Dialog Dua Hantu



Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A
mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.