Monday, January 30, 2012

laporpo.... landing time.

Kapal Terbang mula terbang rendah, so aku rasa kami dah nak sampai Miri. Miri kat tepi pantai je kalau tak silap la. Aku buat sengal time tu dengan tak off handPhone dari mula perjalanan tadi, tiba tiba dapat sms dari no 016 yang asing tanya pasal posting dan Sekolah tempat aku bakal pegi nanti. Rupa-rupanya, itu Cassandra, si manis dari Sabah. Dia pun posting satu sekolah dengan aku. Cumanya, geng sabah ni tak berikan tiket waran macam kita orang dari semenanjung, so depa kena lah sendirian berhad tempah tiket, dan boleh claim kemudian. Kesian depa, dah la tiket booked last minit ni harga boleh tahan cekiknya. Apa nak buat , kerana posting, kami turutkan. “Cassy” kata dia akan sampai ke Miri pada hari jumaat nanti. Kiranya aku senior beberapa hari la agaknya. Hahaha Gurau je.

Setiba nya dia Airport Miri, aku dan mereka pun mula melalui pemeriksaan Imigresen. Memandangkan kami semua dah diarahkan KPM agar pakai pakaian formal berserta name tag, abang imigresen dah boleh agak yang kami guru yang baru posting ke Sarawak.


Imigresen
: Kau cikgu ya?
Aku : aaa...
Imigresen : posting area mana?
Aku : Baram
Imigresen : ooo... Ulu tu.... abes la kau. Hahaha!!!

Dia gelak tahap keenam sampai cop kat DPT ( Dokumen perjalanan ) aku. Lepas aku amik beg, kami dikumpul dan dipecahkan kepada 3 kumpulan, iaitu Miri, Subis dan Baram. Ketiga-ketiga ni adalah tempat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)tempat kami melaporkan diri. Macam biasa, Faiq berpisah dengan aku, sama sama ke PPD Baram. Mucha ( Mustaqim Azali) dan Aiman ke PPD Subis. Barang – barang semua di loading ke atas HiLUX dan aku duduk seat depan, driver tu suruh sebab aku badan besar. Wakakaka. Perjalanan diteruskan.

Kami melalui jalan biasa Miri menuju ke Marudi. Sampai di suatu simpang, HiLux kami belok ke simpang melalui jalan lading sawit atau lebih dikenali dengan “jalan Kem”. Nama ni sebab jalan ni diselenggara oleh pihak ATM rasanya, sebab ada signboard projek bina jalan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Disebabkan ini kali pertama aku naik hi Lux, so jadi teruja la sikit. Cuba korang bayangkan, jalan lading level offroad kaw kaw punya, sepanjang 40km kalau tak silap la,siap terbang dan terhentak lagi hilux tu. Aku rasa kereta biasa pun boleh je lalu jalan ni, tapi kalau time kering la. Lepas tu, bila sampai Marudi mesti ada part kereta yang rosak. Haha.

setelah melalui jalan berliku, terhentak, dan ada pening pening sikit, kami pun sampai ke sebatang sungai, dan kat situ takde jambatan, Cuma ada rakit @ feri rantai.Satu feri tu boleh la muat 3-5 kereta dan bayaran Rm 15 ringgit dikenakan untuk seberang sungai Bakong yang lebarnya
tak sampai 200 meter pun. Bapak mahal gila, jambatan pulau pinang pun rm 7 je. Opss lupa, aku kat Sarawak rupanya. :P Setelah meredah jalan lurus beberapa KM, kami lalui sebatang sungai lagi iaitu Sungai Baram, kaedah feri rakit juga digunakan untuk menyeberangi sungai ni, dan macam biasa RM 15 dikenakan.


Alamak, sebelum aku terlupa. Driver hilux ni nama dia Alex, muka ada iras iras mcm Kuek Yeok Chew, Budak Sains PISMP kat maktab tu. Sapa yang kenal, kenal tak. Sapa yang tak kenal, buat buat la kenal ye... dok gitu? Umur Alex awal 20an macam kami kami jugak, maka skill pemanduan Hilux nya agak seperti World Rally Championship (WRC) seumpama Peter Solberg atau untuk selera tempatan, Karamjit Singh. Serius, memang handal dia drive Hilux kat jalan off road tu. Dah keje dia hari-hari lalu jalan camni, mesti dah expert. Hehehe.

Kami pun sampai Di PPD Baram yang terletak di pekan Marudi. Tak sangka plak, lepas lalu jalan hutan yang middle of know where, ada pekan maju, serba lengkap la pekan ni ada bank semua. Kalau ikut pencapaian la, Pekan Marudi ni 3 kali lebih maju daripada pekan Chemor. Tu pun kalau korang pernah lalu atau sampai ke Chemor la. Hehehe.

No comments: