Thursday, August 16, 2007

malang...

KUALA LUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan membatalkan permit Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn Bhd (SKBG), jika siasatan mendapati syarikat itu melakukan kesalahan serius mengikut Akta LPKP (1987).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tindakan tegas itu bergantung keputusan siasatan terperinci terhadap pemilik bas terbabit dalam nahas ngeri mengorbankan 20 nyawa di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan, kelmarin.


Beliau berkata, LPKP sedang lakukan siasatan termasuk meneliti semua aspek berkaitan pengurusan dan pentadbiran syarikat bas berkenaan yang berpangkalan di Alor Star, Kedah dan didaftarkan pada 1987.

Katanya, siasatan tertumpu kepada aspek pengurusan, pengendalian, penyelenggaraan, pengambilan pekerja dan pemandu, tindakan syarikat dalam menyediakan latihan kepada pekerja. Kita juga akan berjumpa dengan pengurusan syarikat bagi mendapatkan penjelasan.


“LPKP boleh mengambil tindakan membatalkan permit syarikat jika mendapati melakukan pelbagai kesalahan berat dan serius hingga menjadi antara faktor penyumbang kemalangan.

“Siasatan sedang dilakukan dan kita perlu tunggu laporan lengkap LPKP sebelum mengambil tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) 2007, di sini, semalam.

Kelmarin, LPKP menggantung sementara operasi syarikat pengendali bas terbabit bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi berkenaan termasuk mencari punca sebenar kejadian.

Sehubungan itu, 38 bas milik syarikat terbabit tidak dibenarkan beroperasi hingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak, selepas semua siasatan selesai.

Mohamed Khaled berkata, LPKP juga akan bertemu dengan pengurusan syarikat bas berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai operasi mereka berhubung kejadian nahas ngeri terbabit.

Selain itu, beliau berkata, punca sebenar kejadian nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara akan diketahui menerusi siasatan bersepadu yang dilaksanakan semua pihak termasuk LPKP, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.

p/s=malangnya sape2 yang dah bli tiket... xleh claim pn... slamat x bcuti balik kampung la jwbnye...

YA ALLAH, PANJANGKAN UMURKU, SUPAYA AKU MAMPU BERBAKTI DI BUMI ALLAH INI.... AMIN

No comments: