Tuesday, December 29, 2009

USTAZ JADI MEKANIK

Mohd Karim berkelulusan Sarjana Muda Syariah kini milik tiga bengkel kenderaan


MUNGKIN takdir, mungkin juga kebetulan. Seorang siswazah berkelulusan Sarjana Muda Syariah Universiti Malaya (UM) pernah memohon melanjutkan pengajian sebagai ustaz menerusi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tetapi ditolak sepanjang tiga tahun berturut-turut.

Niatnya cuma mahu berkongsi sedikit ilmu mendidik anak bangsa. Kegagalan itu mungkin menyebabkan kerjayanya berbeza daripada kelayakan dimiliki selepas bergelar pengusaha dan pemilik bengkel kenderaan.

Agak pelik, ustaz menjadi mekanik kereta, tetapi itulah realitinya kepada anak muda, Mohd Karim Abd Rahman, 32, yang kini mempunyai tiga bengkel membaik pulih kenderaan dikenali sebagai Aeroline Motors Sdn Bhd di Shah Alam dan Klang, Selangor serta di Parit Buntar, Perak.

Walaupun dunia berbeza, tetapi impiannya mendidik tetap diteruskan melalui pendekatan lain iaitu menerapkan nilai murni melalui pengisian pelbagai program rohaniah kepada anak buahnya.

Hujahnya mudah, jika pekerja mempunyai keimanan, pegangan agama kukuh serta mendapat sokongan padu majikan, sudah tentu ia akan menyumbang kepada hasil kerja berkualiti dan murni.

Atau dalam erti kata mudah, mereka tidak akan tergamak untuk mencuri, menipu dan pada masa sama hatinya cukup tenang serta gembira dengan apa yang mereka lakukan untuk mencari rezeki halal.

"Kami berikan pekerja ilmu, kemahiran berterusan supaya mereka belajar sesuatu. Takkan selamanya mereka mahu menjadi mekanik, sekurang-kurangnya saya mahu menjadikan mereka tauke bengkel.

"Sebab itulah saya kongsi ilmu pengurusan kewangan, pentadbiran kerana mereka sudah pun mempunyai kemahiran. Cara paling mudah ialah meletakkan kepercayaan tinggi kepada mereka menjalankan amanah dan saya cuma memantau, menegur apa yang sepatutnya.

"Setakat ini, alhamdulillah, dua bengkel di Shah Alam dan Parit Buntar sudah pun membuktikan pendekatan itu berjaya. Inilah yang saya impikan, mereka melahirkan ramai Bumiputera berjaya dengan berkongsi kejayaan," katanya.


Baginya, berkongsi ilmu mengusahakan bengkel kenderaan sudah memadai untuk menyebarkan ilmu selepas hasratnya menjadi seorang ustaz terbantut. Kini, pendekatan kerja diamalkan berdasarkan konsep 3S iaitu Solat, Syukur dan Sedekah.



Anak bongsu ini pernah bekerja sambilan sebagai ustaz selama dua tahun iaitu setahun ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setahun selepas mendapat segulung ijazah. Abang dan kakaknya juga kini bergelar ustaz dan ustazah.

"Rezeki saya di sini. Mungkin kuota KPLI yang saya mohon itu sudah ditakdirkan untuk individu lain. Ramai rakan sekuliah saya di UM bekerja sebagai ustaz dan pensyarah.

"Semua ini bukan halangan untuk berjaya dan berkongsi ilmu. Kerjaya dan dakwah Islam sebenarnya bergerak serentak. Saya sedang berusaha mengubah mentaliti pekerja bahawa seorang mekanik tidak semestinya bekerja sebagai mekanik hingga akhir hayat kerana mereka juga boleh berjaya.

"Sebab itu, saya galakkan mereka belajar dan pada masa sama kita kuatkan ikatan kekeluargaan dan jiwa supaya sama-sama mencapai kejayaan. Setiap Khamis, kami secara bergilir-gilir akan menghantar dua pekerja menyertai kuliah agama di Masjid Shah Alam selama dua jam setiap minggu," katanya.

Mengulas lanjut konsep kerja 3S itu, Karim menegaskan, setiap individu patut bersyukur dengan rezeki dan kemahiran dimiliki tetapi perlu sentiasa berusaha memajukan diri. Paling penting, sentiasa menunaikan zakat kerana ia sebenarnya hak milik individu lain yang berhak.

Disebabkan itu, beliau bersyukur kerana mempunyai pelanggan daripada jabatan kerajaan kerana baginya hasil pendapatan yang diterima akan dipulangkan semula kepada Muslim yang berhak melalui zakat perniagaan yang diagihkan kepada fakir miskin.

"Kitaran itu cukup mudah. Pendapatan yang kami terima daripada jabatan kerajaan akan diagihkan semula kepada pusat zakat. Wang itu akan diagihkan kepada penerima yang berhak. Itu lebih berkat kerana ramai yang akan menerima hikmahnya.

"Saya juga membesar dalam keluarga susah dan menjadi anak yatim ketika berusia lima tahun. Perasaan itu menginsafkan diri untuk maju dan inilah masanya membalas jasa keluarga dan bangsa," katanya yang pernah membantu menjual nasi lemak di sekolahnya selama beberapa tahun, semata-mata mahu menambah pendapatan ibunya.

Anak felda ini juga pernah melalui zaman sukar apabila mengalami kerugian RM120,000 hinggakan hidupnya tertekan dihimpit bebanan hutang hampir setahun serta sering diancam along yang diupah pembekal barangan kereta.

Namun, beliau menerimanya sebagai asam garam dalam perniagaan sebelum bangkit semula apatah lagi selepas mendapat suntikan modal Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Kini, pendapatannya meningkat daripada RM20,000 kepada RM250,000 sebulan.

Selepas lima tahun terbabit dalam perniagaan ini, beliau mensasarkan meningkatkan jualan kepada RM400,000 sebulan dan bercadang membuka tiga lagi cawangan baru di Butterworth, Pulau Pinang dan Nilai, Negeri Sembilan serta Sepang, Selangor.

PROFIL: Mohd Karim A Rahman
· Tarikh lahir: 24 Disember 1976
· Asal: Felda Kampung Rahmat, Chalok, Setiu, Terengganu
· Isteri: Norkhairulizar Abdul Rahman, 31,
· Anak: M Irfan Daniel, 6; Iffah Nadhirah, 5; M Irfan Danish, 4; dan M Irfan Daewish, 2,
· Ibu: Esah Mohd Amin, 70,
· Ayah: Allahyarham Abd Rahman Ibrahim
· Adik beradik: Anak bongsu daripada tujuh beradik.
· Bendahari Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Klang, Selangor

Pendidikan:
· Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rahmat Chalok
· Sekolah Menengah Agama (SMA), Setiu, Terengganu (1989-1993)
· SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu (1994-1995)
· Universiti Malaya - Sarjana Muda Syariah (Siasah Syar'iyyah) - 1996-1999.


http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=8267

BAYAR HUTANG ATAU DAPAT MALU DI FACEBOOK


KUALA LUMPUR - Ceti haram atau ah long kini sudah pandai mengugut peminjam yang tidak membayar hutang dengan cara memalukan mereka menerusi tindakan memasukkan gambar mangsa di dalam laman web sosial terkemuka Facebook.

Bersama gambar itu, mereka akan memaparkan maklumat peribadi mangsa dan jumlah hutang yang belum dibayar.


Mereka percaya ugutan melalui Facebook lebih berkesan memandangkan ia kini laman web sosial paling popular dengan anggaran 2.6 juta pengguna di Malaysia atau 300 juta di seluruh dunia.




Insiden itu dialami sendiri oleh seorang pekerja kedai aksesori kereta berusia 25 tahun yang terkejut mendapati gambar, nama dan tuntutan hutang ah long disiarkan dalam laman web itu baru-baru ini.

Mangsa yang berasal dari Batu Caves meminjam RM1,000 daripada ah long pada September lepas tetapi kini terpaksa menjelaskan pinjaman dengan bunga berjumlah RM8,000.




Bimbang dengan keselamatan dirinya, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Jumaat lalu sebelum merujuk kesnya kepada Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA.

Monday, November 30, 2009

Saturday, October 24, 2009

cerita hari sabtu

disebabkan hari ni weekend...
masa memang sangat free

wahidupsi pagi-pagi dah sms aku ajak ke bukit mahkota kat area2 kajang
ada orang nak sedekah dashboard kancil kata beliau

so, dengan segera aku gerak dengan wahid nek rusa beliau ke sane

sesat gak cari umah... sebab just refer pada no rumah dengan no jalan saje...
jumpa jugak owner barang tu... agak friendly

lepas tu kiteorang gerak balik ke cheras
wahid tanya aku nak pegi g mart tak?

apekejadah g mart tu?

rupenye2 tu kedai auction kereta antara terfemes kat area lembah kelang
ape2 pun kiteorang balik umah wahid untuk antar van rusa tu dulu

umah beliau agak rare, jalan pun satu lorong je...
kalu tangkap gambar pagi2 time kabus rasenye ada mcm kat okinawa jepun kot...
keh keh keh

kat sane aku kenal2 dengan mak ayah serta nenek beliau...
bole tahan la friendly... kat situ gak aku sempat godek2 koleksi keter model wahid...
gile kentang bersusun kat atas rumah... sementara menunggu hujan reda

lepas tu kiteorg pun gerak la ke hulu langat naik 125z Go!!!!!!!! wahid tu....
guna jalan bukit2 batu 14 hulu langat<> ampang

aku penah sekali je lalu jalan ni... mase on the way balik dari sungai gabai

laju rupenye nek moto g sane... pastu smpai la kat g mart

kat sini bersepah kereta lelong... kondisi sendiri mau ingat la...
ada yang bese2.. ada yang superb, yang mcm tinggal cesis pun ada...

thanks wahid dah bukak idea baru untuk baru... nak cari point dapat kereta murah2 pasni...
wat keter projek pun bole ni... ape2 kene belajar ilmu bidding dulu.. bukan senang woo

kancil 2008 rm 13k? serius murah2... tapi nak bersaing dengan orang2 len yang bid tu persaingan yang amat kuat... xpe... hari ni kite tengok2 je la dulu...
wahid tengah pilih kereta... kekeke




barang rare! kekekke

Friday, October 9, 2009

projek hujung minggu

masih dalam perancangan, nanti aku updatekan :)

Tuesday, October 6, 2009

tahniah abam ahib

KUANTAN 5 Okt. – Menjual kerepek dan kad prabayar untuk mengumpul wang bagi perbelanjaan perkahwinan - itulah yang dilakukan seorang siswazah Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini untuk berkahwin dengan rakan sekuliahnya.

Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik), Mohd. Hanis Jaludin, 23, sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impian untuk berkahwin ketika sedang menuntut pada tahun akhir di universiti itu.

Dia yang ditemui bersama isteri, Nurmaliza Md. Ali, 23, adalah antara 834 graduan yang menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen Keempat UMP.

Mohd. Hanis melahirkan kesyukuran kerana usaha untuk berkahwin dan menamatkan pengajian akhirnya tercapai.

‘‘Setelah perbelanjaan untuk perkahwinan kira-kira RM10,000 berjaya dikumpul, saya terus menyatakan hasrat untuk berumah tangga kepada kedua-dua belah pihak.

‘‘Pada mulanya keluarga tidak mengizinkan memandangkan kami berdua belum habis belajar tetapi setelah saya yakinkan mereka, akhirnya kami dinikahkan pada Mei lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berkat usaha gigihnya, Mohd. Hanis ditawarkan bekerja semasa masih menjalankan latihan industri di sebuah syarikat kejuruteraan di Shah Alam, Selangor sebagai Jurutera Elektrik.


MOHD HANIS JALUDIN atau lebih dikenali sebagai ahib0205 adalah merupakan rakan saya di forum carigold.com serta ahli berdaftar kcarlife.com

hmmm... ape citer ni????

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.

Thursday, September 3, 2009

hidup ini memang payah

salam... selamat berpuasa... dah lama aku tak update blog ni...
ni lagu pilihan aku malam ni...
enjoy this song ok?

selamat berpuasa!!!


Monday, August 17, 2009

terungkai sudah satu lagi drama kehidupan

HULU SELANGOR: Setelah dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Turut hadir ialah dua anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya Waheeda dan ibubapanya hanya meminta senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.

Akhil yang ditemui sejurus selepas majlis pernikahan itu melahirkan rasa syukur dan berharap perkahwinan ini mampu menjadi penutup kepada segala kontroversi yang melanda dirinya dan Waheeda selama ini.

"Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.

"Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun.

"Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda. Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah.

"Tetapi, mustahil lah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta. Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya.

"Insya-allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk membimbing Waheeda dan anak-anak," kata Akhil.

Menurutnya lagi, jika mengikut perancangan awal, dia ingin melangsungkan pernikahan pada 21 Ogos.

"Jika ikutkan, saya rancang untuk bernikah pada 21 Ogos, malam sebelum Ramadan dan semua tetamu boleh bersembahyang Tarawih bersama-sama.

"Tetapi bila melihat tarikh 16 Ogos ini lebih memudahkan keluarga dan saudara-mara lain untuk datang, jadi kami pilih saja tarikh hari ini," ujarnya.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.

Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Menerusi perkahwinannya dengan Maiza, mereka dikurniakan empat orang anak.

Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

"Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena."

Dalam pada itu, Waheeda juga melahirkan rasa syukur kerana telah sah bergelar isteri setelah hebat dilanda kontroversi selama ini.

"Saya tidak mahu bercakap tentang kontroversi. Bagi saya, lebih banyak benda lain yang patut difikirkan. Saya mengambil nasihat Dr.Fadzilah Kamsah yang pernah cakap pada saya, cabaran yang dilalui sebenarnya akan diberikan ganjaran yang besar kelak.

"Perkahwinan ini juga adalah untuk merapatkan hubungan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kami juga tidak akan pergi berbulan madu, tetapi akan menggunakan masa yang ada untuk melawat saudara-mara.

"Saya juga telah bersara dari dunia seni dan ingin memberikan tumpuan pada suami dan anak-anak," kata Waheeda yang juga bersedia untuk menimang cahayamata sendiri jika dikurniakan rezeki.

Ditanya mengapa pihaknya hanya meminta senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, ujar Waheeda, dia berpendapat perkara itu lebih afdal kerana Al-Quran adalah pelengkap segala-galanya.

"Ini memang permintaan bapa saya juga. Lagipun, saya tidak mahu perkahwinan ini membebankan sesiapa. Malah, saya dan Akhil memang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dalam kehidupan," katanya yang juga menafikan majlis itu dibuat secara 'rahsia'.

"Majlis ini dibuat di sini kerana kawan Akhil ingin menikahkan kami sendiri. Kami juga tidak merahsiakan perkahwinan ini dari media kerana kami turut menjemput rakan-rakan media yang rapat dengan kami.

"Lagipun, keluarga dan saudara-mara di sebelah saya dan Akhil ramai yang hadir hari ini. Insya-allah, kami akan adakan sebuah resepsi pada 31 Oktober nanti di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan jemput lebih ramai tetamu," katanya.

Sebuah lagi resepsi di Gopeng, Perak juga akan dibuat seminggu kemudiannya.


kredit to :

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/8/16/mstar_hiburan/20090816110517&sec=mstar_hiburan






Saturday, July 25, 2009

H1N1 BaB1 mengganas

salam... berita gempar yang aku terima pada waktu sekarang semasa menukar sim kad yang satu lagi... berderat sms masuk tanya pasal Institut Perguruan Ilmu Khas (IPIK) yang baru ditutup selama seminggu akibat H1N1 durjana....

lokasi IPIK tak sampai 1 km dari maktab aku IPTKL.... dan deme selalu datang semayang jumaat di masjid aka surau maktab aku...
beberapa orang kawan aku jugak telah disyaki demam... setelah aku menelepon adib yang tengah tido nyenyak di hostel sebentar tadi

kenapa bende ni jadi?
kerajaan kena bertindak...
camne 1 malaysia nak maju? hahhahahahhaha

mintak simpang la bende ni jadi kat aku dan orang2 sekeliling aku...
alamak... hidung aku gatal2 plak...

so long and gudnite

Thursday, July 23, 2009

TIADA LAGI KANCIL BARU


SYED ABDULL HAFIZ (kiri) dan Osamu Oaki menunjukkan plat kereta Kancil
yang terakhir dikeluarkan
di Pusat Latihan Perodua di Rawang, Selangor semalam.

RAWANG - Selepas 15 tahun menjadi antara kereta popular di atas jalan raya di negara ini, model kereta Kancil kini telah dihentikan pengeluarannya berkuat kuasa semalam.

Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, pemberhentian pengeluaran itu bertujuan membolehkan syarikat memperkenalkan kenderaan baru dengan memiliki teknologi terkini dan nilai tambah kepada pelanggan di negara ini.

Katanya, sebagai pengganti model Kancil yang dilancarkan pada tahun 1994 itu, Perodua memperkenalkan model baru iaitu Perodua ViVa 660BX yang ditawarkan pada harga atas jalan RM25,300 setiap satu dan didatangkan dalam tiga warna, iaitu Ivory White, Ebony Black dan Glittering Silver.

"ViVa 660BX dilengkapi dengan enjin teknologi timing enjin berjujukan injap dinamik (DVVT) dan didatangkan dalam transmisi manual sahaja,'' katanya.

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.azde@kosmo.com.my


mohazam: proud to be kancil owner... long life perodua kancil...

Friday, July 17, 2009

Wednesday, July 15, 2009

Thursday, July 9, 2009

1 2 3 4

salam.... aku dedikasikan lagu ni untuk mak ayah aku...
doakan kejayaan zharif... amin


Monday, July 6, 2009

Pelajar Dari Thailand Disahkan Hidapi Selesema Babi Di MCKK



KUALA KANGSAR, 4 Julai (Bernama) -- Seorang pelajar dari Thailand yang tiba di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di sini dikesan positif menghidapi virus selesema babi (H1N1) Sabtu.

Menurut sumber, kes import itu dikesan apabila pelajar terbabit tiba di MCKK di sini untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan MCKK.

Pelajar berkenaan sedang dikuarantin di MCKK selama seminggu dengan diawasi pihak kesihatan daerah, bersama sebahagian orang yang mempunyai kontak dengan pelajar itu, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pelajar berkenaan didapati mempunyai simptom menghidapi virus H1N1 ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang semalam dan tidak pasti mengapa pelajar itu tidak dikuarantinkan.

Katanya pengawasan ketat sedang dilakukan di MCKK dan setakat ini tiada lagi melibatkan kes tempatan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Awam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon mengesahkan kes berkenaan, bersama beberapa orang pelajar.

-- BERNAMA

Sunday, June 28, 2009

moon walk - tribute to micheal jackson

bila aku leh menari macam ni ye? hehehe




Saturday, June 27, 2009

bila cikgu mengajar pakai evo 7


credit to :

politikbanjar.blogspot.com


Guru pakai kereta mewah kena siasat. Itu prosedur. Wak tak teruja pun dengan berita tersebut. Wak cuma tertarik bila Ahmad Saberi sebut benda kat bawah ni,
“Pada dasarnya, SPRM boleh menyiasat individu yang memiliki harta melebihi pendapatan, walaupun tidak menerima laporan daripada mana-mana pihak, sebaliknya berdasarkan pemantauan dan pemerhatian kita. Bagaimanapun, ia memerlukan siasatan rapi dan kita tidak membuat tuduhan melulu,”
Kalau macam tu, kuasa yg ada pada SPRM ni memang hebat, dan dahsyat. Apa lagi tuan, marilah siasat kroni-kroni dan ahli2 politik yang kaya-raya melebihi kebiasaan. YB-YB yang baru sepenggal dah boleh tayang banglo dan kereta hampir jutaan ringgit. Ayuhh..jangan tunggu lagi, tak perlu tunggu laporan, dah boleh siasat terus. Hidup SPRM ! Wak sokong !

Setakat pakai Mitsubishi EVO 7 tu biasalah, malah ada guru yang boleh pakai Merc. C230 beb ! Dah rezeki diorang, apa nak kita hairankan ! Ramai rakan2 wak juga guru, malah blogger2 yg wak kenal juga ramai dari kalangan guru..dan wak tahu mereka yg berupaya memaksimakan kualiti hidup setaraf itu bukan calang2 mereka bekerja...ada yg lepas sekolah terus tak balik rumah jumpak prospek..jual insuran, MLM, jadi agent jual kereta tu memang melambak..,tak kurang juga yg sibuk berniaga, hebat mereka..jadi ikon anak murid pula sesetengah guru hebat tu, hingga menyuntik semangat..kalau nak berkereta besar dan mewah, jadilah guru macam cikgu...dot dot dot ! Suasana yg sihat tu !

Tak kan nak tengok taraf cikgu setakat boleh pakai Kancil, Viva atau Waja saja. Janganlah kondem sangat kerjaya cikgu tu ! Kadang2 wak pun tak hairan bila penguatkuasa JPJ boleh pakai kereta mewah sehebat BMW..mereka gigih berkerja siang dan malam..korang setuju ker dengan pendapat wak ni ?

ps: lepas grad nak pakai civic fd2 type R la.... hehhehe

Friday, June 19, 2009

Wednesday, June 17, 2009

Monday, June 15, 2009

projek twinpipe L5 jadi kenyataan

alhamdulilah... mungkin hari ni rezeki aku
dah lama plan nak wat.... tapi terpaksa tangguh

petang tadi aku lepak dekat bengkel dengan adam...
tak semena-mena aku tanya die pasal twinpipe...
trus die gtau kalu nak wat bole la wat dekat OU YOUNG EKZOS dekat chemor...
lepas je asar kami terus pegi sane...

kirenye hari ni aku beruntung la ditemani adam... tauke tu kenal sangat dengan die... dapat la spesel price... siap waranty... bole datang kedai blek nak adjust kalu ada prob....
ni la untungnya kita berkawan dengan otai-otai.... kekeke

Monday, June 8, 2009

lagi gambo autoshow penang

















autoshow penang anjuran procc utara

hari ni aku pegi ke autoshow kat penang kt stadium batu kawan
kirenye cuti2 ni ada la berjalan
tima kasih kepada man loco yang sudi menumpang aku ke sane
tahniah kepada beliau kerana telah membuat cubaan pertama menceburi arena autoshow ini
teman sapot mike punye....

badan aku dah berbelang akibat sunburn.... panas siot hari ni...
tapi xde hal la... dpt pengalaman cmane join autoshow
dan dapat kenal kawan2 baru... abam onichiwa dengan geng2 banzai tepen...
adam loco yang werld tapi sempoi dan sporting serta insan2 yang lain... kekeke



berikut ada pic skit...

Saturday, June 6, 2009

PERMAISURIKU

vote for this song
antara lagu yang best akudengar skang ni
petang tadi on the balik dari lepak2 dekat royyal purple tu
aku terdengar lagu ni dekat SINAR.FM

hehehe

permaisuri ku?
kat umah dah ada...

mak aku la sape lagi...

ada satu lagi...
"angelina"@perodua belalang tempur aku

yang satu lagi punye belum jumpa
hehehe... belum sampai seru kot :P





tika renungi malamku
bersama tirai perindu
potret permaisuriku
lenamu didakapanku
inginku belai rambutmu
saat malam malammu
walau kembara ku meredah alam maya
kan ku pertahan garis cinta kita
(chorus)


oh ku hancur dikala tak bersama
kau yang ku cinta
impi rinduku disaat mesra


oh kasih
oh terbina rona kota bahgia
permata dijiwa
oh kernamu

lautan duri ku tempuh
demi sucinya cintamu
tak ku hiraukan waktu
ampunkan kesalahanku
ku pinjam raut wajahmu
hanya kau yang kurindu
(chorus)

Thursday, June 4, 2009

projek twinpipe L5


adalah menjadi kenyataan?
segala-galanya memerlukan wang...
hahha

BELALANG CLK VERSION II yang belum complete






Friday, May 29, 2009

kereta dah siap




terdapat beberapa probs yang berlaku...
speedo meter x function- dah fix blek, sensor tak ketat
wiper x function- esok g perodua blek...
hampeh tul

ps: lambat la nampaknye aku dapat blek kampung