Saturday, July 10, 2010

kisah praktikum 1

Pada jumaat lepas, 9 julai 2010, pensyarah penyelia aku, Miss Nellie Gan terpaksa hadir lewat untuk observe Pnp aku sebab MQA datang ke maktab. Maka, dia terpaksa hadir lewat bagi melayan dan mengurus urus penilaian MQA bagi kursus PISMP tu.

so, waktu observe telah di anjak selepas waktu rehat ( 10.50 - 11.50 am). Jadi masa yang sepatutnya di observe ( 9.00-10.00am) aku gunakan untuk menyuruh anak-anak murid aku semak semula dan buat pembetulan bagi setiap kesalahan dalam latihan matematik diorang.

Budak-budak buat kerja memang laju, so aku arahkan diorang wat kerja sendiri je asalkan jangan buat bising. Seorang murid, A ni datang kat meja aku nak berbual.

MURID A: Cikgu, lepas cikgu habis praktikum ni, cikgu mengajar lagi ke?

AKU : Owh, cikgu kena masuk belajar balik la.

MURID A: Hmmm.... lepas habis belajar, cikgu masuk balik mengajar sini ke?

AKU : hmmm, tak tau la lagi, bergantung pada kementerian le, ke mana depa
nak hantar
cikgu ni.

MURID A: macam tu, cikgu mintak la mengajar ke sini balik.

AKU : Kenapa, seronok ke kalau cikgu ajar kamu?

MURID A: Ye la cikgu. Bod*h la kalau sapa kata cikgu tak best mengajar.

AKU : Kamu rasa cikgu ni garang ke?

MURID A : Cikgu garang gak. Tapi cikgu ajar kami best. Cikgu ni baik. Kami cepat paham
bila cikgu ajar.


Aku terdiam sejenak bila mendengar kata-kata anak murid aku ni. Terharu. Macam ni rupanya rasa nikmat menjadi pendidik. Alhamdulilah.

Ya ALLAH, tetapkan keikhlasan dan kecekalan hamba MU ni mendidik dan menjalan amanah yang sepatut nya. Amin ya rabbal alamin

Thursday, June 10, 2010

12 perkara bagi anda tahu semasa berumur 20-25 tahun sebelum menjadi jutawan !



1. Selesaikan pengajian anda.

Jangan berhenti. Mungkin anda merasa bosan sekarang, namun jangan sampai anda berada pada situasi dimana anda tidak menyukai pekerjaan anda, namun anda tidak dapat berhenti. Menyelesaikan gelaran sarjana muda akan membukakan anda pintu terhadap lebih banyak kesempatan dalam hidup.


2. Wang tidak busuk dan basi, simpanlah.

Belajar menabung. Berapa banyak barang yang anda miliki untuk menunjukan jumlah wang yang anda habiskan semasa sekolah dan kuliah?
Jika anda investasikan separuhnya saja, anda akan memiliki banyak pada masa separuh biaya anda.

3. Jangan beli rumah pertama yang anda lihat.

Belilah yang termurah dengan lingkungan yang paling baik.

4. Bangunkan sebuah kebiasaan untuk hidup sesuai anggaran. (ala kadar)

Hal penting yang harus anda ingat adalah: hidup sesuai anggaran atau bajet tidak memenjarakan atau membatasi anda, namun untuk memastikan kebebasan anda suatu saat kelak.

5. Belajarlah untuk ber-negosiasi dalam segala hal.

Belajar mencari barang murah akan menyelamatkan wang anda dalam jumlah besar. Selalu siap untuk belajar dan keluar dari suatu situasi.

6. Pastikan anda dilindungi insurans kesihatan setiap masa. Ini kerana anda bukan lagi dibawah ketiak ibu bapa jika berlaku nasib malang.

7. Waktu di pejabat memang penting, namun jumlah waktu anda di rumah-lah yang terpenting.

Bos anda tidak akan perduli dengan keluarga anda. Namun keluarga tetap ada setelah anda lama meninggalkan pekerjaan anda. Jadi sebaiknya utamakan keluarga anda.

8. Jangan dengarkan mereka yang mengatakan bahwa ada jalan singkat menuju kekayaan.

Kekayaan tercipta karena anda berhasil menawarkan sesuatu yang menarik dan bernilai kepada mereka yang memintanya. Pelajaran penting disini adalah: carilah tau permintaan yang belum dipenuhi dan pelajari bagaimana cara memenuhinya.

9. Pastikan pasangan anda memiliki nilai yang sama dengan diri anda.

Hal yang satu ini dapat menjadi penentu kebahagiaan anda. Bicarakanlah dengan pasangan anda, nilai yang penting pada kehidupan anda yang harus diajarkan kepada anak-anak, walaupun anda tidak berminat memilikinya.

10. Belajar mencari sahabat.

Belajarlah untuk terus berhubungan dengan teman lama. Belajarlah untuk meminta pertolongan tanpa terlihat sedang melakukannya. Lihatlah bagaimana orang lain membangun jaringan. Ingatlah, yang penting adalah bukan apa yang anda tau, tetapi apa yang dapat anda lakukan dengan apa yang anda tau. Dan yang lebih penting lagi, bukan siapa yang anda kenal, melainkan siapa yang kenal anda.

11. Never accept a job just because the pay is higher.

Jangan menerima sebuah pekerjaan hanya sebab ia memiliki bayaran yang lebih tinggi. Hidup bukan hanya tentang wang.

12. Percaya, namun pastikan.

Anda dapat percaya dengan apa yang diajarkan, anda dengar, dan baca sewaktu kecil. Namun sekarang, anda terus harus melakukan pengecekan terhadap referensi, menanyakan pertanyaan, dan mencari jawaban. Janganlah menjadi seorang sinis, namun pastikan segala sesuatunya. Pelajaran penting: pastikan anda tau anda sedang berurusan dengan siapa dan apa motivasinya.

Pelajari apa yang memotivasi diri anda. Pelajari apa yang memotivasi pasangan anda dan anak anda. Pelajari apa yang memotivasi teman dan teman kerja anda, bos anda, bos dari bos anda. Jangan pernah berhenti belajar.

Thursday, May 27, 2010

rokok 14 idaman

PUTRAJAYA 27 Mei – Pengharaman penjualan rokok 14 batang tidak dapat dikuatkuasakan mulai 1 Jun ini kerana Kementerian Kesihatan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat kajian mengenai kesannya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tarikh penguatkuasaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang pengharaman penjualan rokok 14 batang akan menyebabkan lebih banyak lambakan rokok haram di negara ini.

"Pengecualian untuk penjualan rokok 14 batang sememangnya diberikan sehingga satu tarikh yang belum diputuskan pada 2010, namun kementerian sebelum ini membuat cadangan untuk mempercepatkannya kepada Jun ini.

"Memandangkan lebih banyak data diperlukan tentang kesannya, Kabinet semalam memutuskan supaya ia tidak dipercepatkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, satu kenyataan juga akan dikeluarkan secepat mungkin mengenai perkara itu.

Sebelum ini, Tiong Lai pernah menyatakan bahawa penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutama di kalangan remaja dan hanya membenarkan penjualan rokok 20 batang yang harganya lebih mahal. – Bernama


mohazam= kalau stop rokok 14, income negara terganggu... keh keh keh
aku mampu gelak je la....

suatu lagi cadangan merapu

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) mencadangkan kenaikan kadar tol untuk setiap perjanjian konsesi bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan hutang negara.

Ini akan memberi penjimatan sebanyak RM3.75 bilion kepada kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala.

Bagaimanapun, ini hanya akan terpakai bagi lebuh raya bertol yang mempunyai laluan alternatif, katanya pada Hari Terbuka Subsidi PEMANDU bagi mendapatkan pandangan orang ramai mengenai potongan subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari Khamis.

"Jika tol dihapuskan, jumlah cukai pendapatan akan meningkat bagi tempoh 20 tahun akan datang," kata Idris Jala.

Di bawah cadangan itu, semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa subsidi, yang membawa kepada kenaikan tol antara 10 dan 67 peratus bagi 2010.

Sebagai sebahagian daripada pelan mitigasi dalam cadangan itu, Idris Jala berkata, pengguna yang banyak menggunakan tol harus diberikan diskaun 20 peratus bagi isian semula akan datang untuk lebih daripada 80 transaksi sebulan.

Malaysia merupakan antara negara paling bersubsidi di dunia, katanya, sambil menambah negara ini menikmati lebih banyak subsidi berbanding Filipina, India, China dan malahan Somalia.

Pasukan Petugas Khas Kerajaan, PEMANDU, di mana Idris Jala merupakan ketua pegawai eksekutifnya, ingin mendapatkan maklum balas mengenai bagaimana untuk memperbaharui subsidi agar ia akan diberikan kepada kumpulan pendapatan yang betul.



Friday, May 21, 2010

polis benteras judi "haram" sempena world cup habis-habisan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pasukan khas akan memantau kegiatan seumpama itu.

"Memang sudah ada pasukan khas ini...cuma kejayaan atau kes yang dilaporkan tidak akan didedahkan kepada media supaya tidak menganggu siasatan kerana ianya berterusan.

"Sememangnya setiap kali Piala Dunia kita akan gerakkan anggota untuk mengesan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Katanya, PDRM telah mengesan suspek dan lokasi perjudian, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, walaupun kerajaan telah mengeluarkan lesen bagi membenarkan judi secara sah dilakukan, namun Bakri berkata pasti akan ada sindiket-sindiket yang masih berdegil dengan menganjurkan pertaruhan tidak sah bagi mengaut keuntungan.

"Mereka yang didapati bersalah ini sama ada pemain atau penganjur akan dibawa ke muka pengadilan," katanya yang enggan mendedahkan jumlah mereka yang pernah ditahan selama ini.

Beliau berkata, modus operandi bagi pertaruhan Piala Dunia ialah mereka akan mencari jaringan perjudian sama ada melalui rakan-rakan mereka atau laman web yang menawarkan akses kepada mereka untuk berjudi.

Menurutnya, keputusan sesuatu perlawanan akan menentukan nasib pertaruhan mereka sama ada berjaya atau sebaliknya dan mereka akan kembali bertaruh untuk perlawanan seterusnya sehinggalah tamat Piala Dunia.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan judi bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. - BERNAMA




Mohazam :
apa kejadahanya nak benteras.
Untuk pengetahuan tuan puan, judi sekarang ada dua jenis, judi "halal" dan judi "haram"
hahahahahahha!


maka sekalian mereka yang bersubahat dalam hal ini sekalian akan menerima saham yang hebat di hari muka kelak. Dah Konfem!

Thursday, May 13, 2010

...

aku dah takde idea nak tulis. kepala berat

Wednesday, February 3, 2010

kisah gangga negara

Tadi aku bersembang dengan sepupu aku, apit. Sembang-sembang kisah keluarga. Maka terkeluarlah kisah kerajaan Dinding. Yong, Mak long aku merangkap mak apit pernah bercerita bahawa keluarga kami adalah berasal dari Kerajaan Dinding. Mungkin kisah ini dah dicerita turun-temurun dalam keluarga kami. Serius, sebelum ni aku memang tak tau kisah Kerajaan Dinding.

Maka lepas aku melepak dengan abang long dan apit, aku serach di google dan wikipedia mengenai Kerajaan Dinding yang diperkatakan sebentar tadi.

Setelah dibelek, memang wujud kerajaan Dinding/Gangga Negara. Malah kerajaan ini lebih awal daripada Kesultanan Melayu Melaka.

Allah SWT sahaja yang benar-benar mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga aku. Apa-apa pun, aku sedekah Al-Fatihah kepada seluruh ahli keluarga aku yang telah kembali ke Rahmatullah serta mereka yang masih hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gangga_Negara

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026. Sebuah lagi sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung or atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.

Jabatan Muzium telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai sudut termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi.

Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Terdapat artifak arca-arca Buddha abad ke- 5 dan ke-6 Masehi di Beruas menunjukkan kewujudan Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara berpusat di Beruas.

Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja.

Kajian lain menyatakan Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.

Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput telah dikatakan sebahagian dari jajahan Kerajaan Gangga Negara.

Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu dongengan ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.

Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium Beruas.

Asal

Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam Sanskrit, nama yang dipetik dari Ganganagar di northwest India di mana penduduk Kambuja tinggal. Kambujas merupakan puak Indo-Iranian Aryan dalam keluarga Indo-European, pada asalnya tempatan di Pamirs dan Badakshan. Terkenal sebagai pedagang Hindu, mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di Malay archipelago di Funan, Chenla, Champa, Khmer, Angkor, Langkasuka, Sailendra, Srivijaya, dll. Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor (Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah Melayu, merentasi Thailand dan Kemboja.

Beruas

Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada 1849 dan satu abad kemudian, oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan pasti tapaknya. Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah membongkar artifak, termasuk nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarik semenjak abad ke-5 dan ke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan tempayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas. Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepas Islam bertapak di sana.





Saturday, January 23, 2010

hikmah kehidupan

"setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita mempunyai hikmah yang tersendiri di mana kita akan merasa sendiri kelebihannya apabila kita menilai dan muhasabah diri"


Hari ni adalah hari sabtu. Kelas ganti untuk cuti Tahun Baru Cina juga dijalankan pada hari ni. Maka aku terpaksa bangun awal pada pagi sabtu. Kelas habis pada tepat pukul 1 apabila Encik Maikel melepas kami lebih awal setelah semua selesai menamatkan ujian fitness yang sememangnya aku susah nak lepas. Hehehe

Pada sebelah petang, Jijoy rawang buzz aku bagitau dia nak datang Cheras dari tempat kerja beliau. Nak ajak lepak la tu. So, kami lepak la kat Sup Meletop. Macam-macam la kami sembang especially pasal kereta. Nak buat macam mana lagi, we have dedicated half of our life only for cars" Hahahaha.

Dekat pukul 5.30 Jijoy mintak aku tunjukkan jalan ke Shell, dia nak isi minyak kancil beliau sebelum gerak balik ke Rawang. Aku pun guna time yang sama untuk pam tayar aku, bagi keras sikit, baru mantop. Lepas tu semua bergerak ke haluan masing-masing.

Tak semena-mena aku telah membelokkan belalang aku ke Masjid Al-Najhiin. Ala, masjid depan flat aku tu. Ada hikmah pulak hari ni untuk aku solat Asar kat masjid tu. Selesai je solat, time aku nak doa aku sesuatu makhluk yang sedang solat dihadapan aku. Aura dan naluri aku mengatakan bahawa aku kenal makhluk di hadapan aku tu. Tapi sapa ye????

Makhluk ni dress memang dasat. Makhluk ini adalah lelaki. Walaupun dia agak stylo, dia doa lama betul. Sama ciri-ciri macam makhluk yang aku kenal masa kat Koleq dulu.

Lepas je dia berpaling nak keluar aku tegur dia.

"Serah ke ni? (nickname makhluk ni)"

Dia terkejut bila tengok aku seolah-olah dah lama tak jumpa. Memang dah lama tak jumpa pun. Kali last aku jumpa beliau masa final paper SPM. Disember 2005. Korang kira la sendiri tempoh waktu tu sampai sekarang.

kami pun bersembang panjang. Tapi tak lama pun. Sebab dia ada urusan lain nak dilaksanakan. dah bertunang pun rupanya Serah ni. Cukup time, dah nak nikah dah pun. Tunang dia pun ada ikut sekali tadi. Alhamdulilah. Ramai kawan-kawan aku dah bina kehidupan sendiri.

Macam biasa, pasti kawan-kawan akan tegur aku, "Borayz (nickname aku kat Koleq), apsal ko dah gemuk sekarang?" Hahahaha.

Apa-apa pun aku seronok hari ni sebab dapat jumpa kawan lama.

Nota tambahan:

Serah ialah saudara Fahmy Ab Hadi, kawan aku masa kat Koleq dulu. Pernah satu dorm dan satu kelas dengan aku masa Form 4. Beliau sekarang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Biologi di UITM Shah Alam dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunang tersayang dalam masa terdekat. Alhamdulilah. Aku doakan korang berdua akan sama-sama grad dengan cemerlang, serta berjaya dunia dan akhirat. :)

The end

Friday, January 22, 2010

KISAH SUNGAI SIPUT 1.2


Ok, bertemu kembali. Sebenarnya aku belum nak tido lagi. Tiba-tiba pulak, terflash idea untuk aku menulis post mengenai kampung aku, Sungai Siput Utara. Sebenarnya aku rindu nak balik kampung. Cuti hujung tahun lepas memang aku habiskan duduk je kat rumah.

Biasanya hujung tahun, aku akan bekerja sebagai cashier kat Petronas Sungai Siput. since 2008 until 2009 aku wat keje yang sama time cuti hujung tahun. Tahun lepas takde rezeki pulak sebab semua position dah penuh.

Yela, aku keje sementara je. Wat penuhkan poket ni. Boleh la Isi minyak kereta fulltank dan jalan-jalan. Ha Ha Ha.

4 januari aku terpaksa balik ke KL. Semester baru dah mula. Takboleh lari dari hadapi kenyataan. Kelip-kelip mata dah 4 semester aku belajar kat IPTEK+
3 semester ( persediaan)= 7 sem. WOW! lama dah rupanya eh.

InsyaAllah November 2011 aku buat final paper exam aku. :)

kat sini aku attachkan beberapa gambar yang boleh dikata menarik.

Menara Jam Merdeka. Aku tak tau sejak bila jam ni wujud dan tak pernah amik tau pun. Tup-tup makhluk ni dah terpacak kat tepi jalan tu.



Jalan raya Di sungai Siput. Jalannya lebar-lebar dan lurus. Panjang pulak tu. Sampai ada hati nak drag kereta korang boleh la try kat sini. Tapi awas, lepas pukul 2-3 pagi. Risau Terlanggar orang (macha and so on). Bahaya woo. aku sendiri penah try 120kmh kat sini.


Tahukah anda Kacang Cap pemancing berasal dari Sungai Siput? Ini la antara kacang tanah Popular pilihan ramai Rakyat Malaysia dan favourite utama ayah aku. Kalau time nak raya mesti beliau borong banyak kacang ni untuk jamu tetamu yang datang ke rumah.


Inilah Hypermarket terbaru kat Sungai Siput. Sapa kata Sungai Siput tak maju? HOHOHO
Harga barang dia boleh tahan. Silap Haribulan memang boleh compete dengan TESCO terutama barang-barang mentah macam ikan, udang dan sayur.

Ok. Gudnite. Teman nak tido dulu. Pagi sat lagi ada kelas lagi.

KISAH SUNGAI SIPUT 1


Papan Tanda JPS Sungai Siput
Dah takda sungai, cuma parit @longkang besar je :(


Sungai Siput Utara adalah sebuah pekan kecil yang terletak di antara Bandar Kuala Kangsar dan Bandaraya Ipoh.

Dekat sini la aku dibesarkan sejak aku lahir sehingga sekarang.
Cuba la korang kira daripada Februari 1988 sehingga kini.

Kisah Sungai Siput akan aku cuba updatekan dari semasa ke semasa dan kisah ini sedikit sebanyak berkait dengan kehidupan aku di sini.


Lokasi Pekan Sungai Siput Utara menerusi Peta jalan raya Negeri Perak

Walaupun sekarang aku telah menetap sementara di Cheras, Kuala Lumpur atas urusan belajar aku, hati aku masih di Sungai Siput. Pekan ni takdelah perfect mana pun. Nak cari kertas pasir grit 2000 pun terpaksa ke Ipoh.

Tapi di sini tenang. Jalan raya nya straight je. Takde kona kona dah.

bersama post aku ni, aku selitkan beberapa gambar menarik tentang Sungai Siput :)

Peta kawasan kampung aku. Cuba teka mana rumah family aku @Baitul Hanis?
Sapa dapat jawab dengan betul aku belanja kacang

Tuesday, January 19, 2010

syukur




Lagu ni aku mula-mula masa ahad lepas kat fly.fm

Time tu aku on the way drive nak ke Nilai. Nak jenguk adik aku yang study kat sana. Mula-mula aku ingatkan lagu arwah Sudirman. Rupanya dah version remix. Karya unik Altimet

so, aku try download lagu ni. Cari kat jiwang tak jumpa pulak. Last-last aku search kat google je. Last choice, nasib baik aku jumpa. Disebabkan aku berasa sangat boring petang tadi, aku terus edit lagu tu jadi video dengan lirik, ye la, dengar lagu rappers ni, kalau takde lirik macam tak lengkap pulak.

Apa yang unik adalah liriknya. Berkaitan dengan kehidupan kita iaitu kesyukuran terhadap apa yang kita miliki dalam kehidupan kita. Sebagai contoh harta yang kita ada, misalnya sebuah kancil belalang 660 yang tak pikap bila nak panjat bukit. Ikutkan nafsu memang kereta aku tak boleh blah langsung.

Namun, apabila kesyukuran disematkan dalam diri, segala yang kita miliki mampu kita pertahankan. Bila kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada, secara benarnya kita tidak menghargai apa yang kita miliki.

Sama juga konsep macam kancil belalang aku tu, aku sayangkan beliau walaupun takat boleh lari 120km sejam atas hiway. Namun dengan penjagaan yang agak rapi dengan jadual penyelenggaraan yang teratur, belalang aku mampu membawa aku jauh. Hari esok mileage nya bakal mencecah 16790km.

kesimpulan di sebalik merapu aku adalah, hargai apa yang kita ada. Jaga apa yang kita ada. Berusaha ke arah apa yang kita impikan. InsyaALLAH segala impian kita akan jadi kenyataan dan sentiasa diiringi keberkatan Allah SWT

Monday, January 11, 2010




"If I Were You"

You seem to find the dark when everything is bright
You look for all thats wrong instead of all thats right
Does it feel good to you to rain on my parade
You never say a word unless its to complain
Its driving me insane

If i were you
Holding the world right in my hands
The first thing I'd do
Is thank the stars for all that i have
If i were you

Look what surrounds you now
More than you ever dreamed
Have you forgotten just how hard it used to be
So whats it going to take
For you to realize
It all could go away in one blink of an eye
It happens all the time

If i were you
Holding the world right in my hands
The first thing I'd do
Is thank the stars above
Tell the ones I love that i do
If i were you

So whats it going to take
For you to realize
It all could go away in one blink of an eye
It happens all the time

If i were you
Holding the world right in my hands
The first thing I'd do
Is thank the stars above
For the ones I love
Take a breath and enjoy the view
Live the life that I've wanted to
If i were you

Friday, January 8, 2010

papa mama

teman dedikasikan lagu ni untuk mak dan ayah kat umah tu.

terima kasih kerana sentiasa menyokong teman dari kecil sehingga la sekarang


Thursday, January 7, 2010

BANYAK BERCAKAP SERLAHKAN KELEMAHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Seseorang Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat dan mengadu domba. Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam memberi banyak peringatan mengenai perkara itu dan antaranya, sabda Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Tidaklah dihumban muka manusia ke dalam Neraka itu sabagai hasil ‘tuaian’ (ejekan) lidahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam juga bersabda : “Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Riwayat at-Tirmizi). Pesan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan sesiapa yang banyak dosanya, api Nerakalah paling layak untuknya.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi.)

Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata, ketahuilah, seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam.” (Riwayat Bukhari & Msulim.)

Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Syurga. Jawab Baginda: “Taqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan keindahan akhlak.” Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Neraka? Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan.” Sabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lagi: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksaan-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.” (Hadis riwayat Ibnu Abib-Dunya.)

Ibnu Abib-Dunya meriwayatkan, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak masuk Syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”

Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah langsung. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengurniakan hambaNya dengan sebaik-baiknya nikmat dan nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredhaiNya. Ingatlah bahawa alam Akhirat bukan perkara yang main-main.


"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." surah Al-Hadid, 20.

Apa yang baik itu datangnya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

Tuesday, January 5, 2010

keluhan perantau




Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku

Ku kembara berkelana
Dan membawa hati luka
Di manakah kan ku temui
Sinaran cinta suci

( korus )
Dari desa ku merantau
Ku memburu cita-cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahagia

Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan ku temui
Sinaran cinta suci

Friday, January 1, 2010

CUTI DAH NAK HABIS!

SELAMAT KEMBALI KE HABITAT ASAL ANDA!