Thursday, January 26, 2012

ku redah awan biru

Dalam flight aku duduk di seat tengah. Sebelah kiri, cikgu muda macam aku jugak. Orang Kelantan. Nama Ibzairi. Nama glemer, Jerry. Sebelah kiri aku pulak,Fariz. Asal dari penang, major pra sekolah dan rakan sebilik aku di bilik 520 di Pan Facific semalam. Jerry gitau aku ini first time dia naik flight. Aku tak tau la betul ke tak dia kata, tapi memang muka dia gayat la time flight take off. Aku derk je time take off tu. Mungkin sebab aku ni lambat nak tunjuk reaksi muka kot. Time dalam flight semua pakat kagum je tengok awan. Paling best pada aku, kami dapat tengok bangunan PICC Putrajaya dari Udara, kagum dan bangga. Kenapa? Sebab PICC ni tempat aku dan kawan-kawan lain akan konvo bulan 3 nanti.

kami ada Nampak jugak pemandangan cantik, awan dan pulau, dan aku terlelap lepas tu. Mungkin sebab aku bangun awal sangat hari ni. Zzzzzz

Aku dikejutkan oleh pramugari MAS yang cun melecun tu. “We serve breakfast, would like to have omelette with chicken? “. Perut aku kenyang lagi sebenarnya, tapi memandangkan lepas ni aku tak banyak peluang makan ala western ni kat Sarawak, aku amik je. Boleh tahan sedap. Jerry dan Fariz pun amik jenis makanan yang sama. Air pulak depa bagi aku jus oren, boleh tahan pekat. Last last, aku mintak Plain water aka ayor kosong je la nak bagi tekak teman ni lega sikit yeop! Dalam pakej makan tu ada juga, lepak sebentar bersama KIT KAT dan Kek buah.

Wednesday, January 25, 2012

bon voyage!

Seawal pukul 4.30 pagi aku dah terjaga. Tidur lena yeop... sebab tido dalam ekon dan katil yang best. Ayah call aku pagi tu untuk pick up beg aku yang besar dan berat tu ke kaunter L di KLIA. Yong dan Yop pun join dan diorang baru je sampai dari Taiping untuk sama sama iringi aku ke KLIA sebagai tanda sokongan moral. Terima kasih banyak banyak. Dari Pan Pacific, aku naik buggy car hotel untuk ke KLIA. Hehehe. Takde la penat sangat nak menapak ke KLIA tu. Untung kan tidur kat hotel 5 Star. :P

Dengan troli, aku tolak semua beg beg aku ke kaunter L KLIA. Kaunter L ini adalah tempat check in beg bagi penerbangan secara kumpulan sebab tiket penerbangan ni ditempah khas oleh KPM. Aku timbang beg aku yang besar dan berat tu, 18kg je. Hahaha. Rupanya ada quota berat beg, so takde masalah la berat beg sampai 25kg sekali pun.

Di KLIA kami sekeluarga ( aku, Mak , Ayah, Yop dan Yong) sama sama sarapan Di MCD. Macam biasa, ada kopi, burger telur dan harshbrown tu la. Mungkin ini sarapan mcd terakhir aku sebelum berangkat ke Sarawak. Haha! Tepat je pukul 8, aku terus gerak ke balai pelepasan domestik. Hati ni memang berat nak tinggalkan keluarga. Hati aku sebak masa salam dengan mak dengan ayah. Time peluk mak aku hati aku jadi sebak. Serius. Aku tak tipu. Memandangkan aku selalu buat masalah di rumah dan degil dengar kata mak,masa ni hati terkesan sama sekali. Sementara aku beratur dan lalu bahagian pemeriksaan kastam, aku terdetik dalam hati, betul ke apa yang aku buat ni? Kalau ikut kata hati yang gila, mau je aku patah balik dan lari ke belakang, tak payah pegi Sarawak.

Memandangkan wajah mak ayah yang pasrah dan bagi harapan pada aku, wujud la sedikit semangat dan kekuatan dalam diri. Aku pun dengan cool terus melangkah ke dalam balai pelepasan dan dengan kacaknya berjalan menuju ke balai pelepasan 9. Redah je la. Hati dah pasrah.
...............................................................................................................................

nota dari mohazam

assalamualaikum dan selamat malam.

agak tak menarik kan, bila aku tulis entry tanpa gambar. Orang kata, gambar menggambarkan seribu makna, ye dok gitu?

memandangkan line di ulu ni sangat slow, aku akan cuba upload perlahan lahan satu persatu gambar agar boleh menjadi tatapan viewer bersama.

tunggu, jangan tak tunggu tau!

Tuesday, January 24, 2012

posting siri 4

Disebabkan TIndakan KPM yang bagi keputusan penerbangan yang “last minute”, terdapat beberapa benda yang aku tak sempat beli. So, sebelum masuk Highway, kami anak beranak singgah dulu ke tesco ipoh, beli beberapa barang termasuklah “poncho” ( baju hujan), beg galas, dan juga Kompas.

Hahaha. Macam nak pegi camping pulak kan? Actually benda ni kita tak boleh jangka, dan aku sendiri masih tak tau di mana letaknya sekolah aku di daerah Baram tu.

Bandar ke?

Pekan ke?

kampong ke?

Pedalaman ke? Tahap 1, 2 atau 3? Hehehe

.............zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

aku sampai Di Hotel Pan facific KLIA pada pukul 7 pm. Time tu dah nak masuk maghrib pun dan guru-guru baru yang dah lama sampai dah ke ballroom untuk dinner. Ayah aku tolong aku sama2 angkat barang ke lobby untuk check in nama, mak plak tunggu kat kereta je. Then depa pun gerak la kuar, pegi isi minyak kot kat petronas KLIA tu.

Sampai je bilik, aku terus solat maghrib. Bilik bukan calang2.... hotel ni 5 star tahap international kot. Paling dasat, Ko kena swap kad bilik pada lif, baru lif boleh gerak. Kawkaw jugak tahap security nya. Kat bilik tu,rupanya Hafizzain duk sebilik dengan aku rupanya. Tapi time tu, dia on de way nak clear barang untuk check out, sebab flight dia malam tu jugak ke kuching, transit di situ sebelum ke sibu pulak. Bila dah jadi keadaan macam ni, kita tak bayang dan jangka, masih adakah peluang untuk jumpa kawan2 yang sama belajar selama 5 tahun setengah di IPG. Masing –masing dah bawa haluan ke dunia realiti. Ye la. Aku bukan lagi pelatih IPG, yang boleh dapat diskaun kalau naik Tren ETS kalau nak balik Ipoh, atau diskaun kalau pegi galeri ke... muzium ke... hahahhaha.

Peluang untuk menginap di Pan facific digunakan sepenuhnya. Jarang dapat peluang nak tidur kat hotel ni. Lain la aku dah bergaji level Jusa ke? Mungkin aku pertimbangkan. hahahahha

Buat rakan-rakan, jangan buang+ hilangkan kad maktab anda tu.... dia masih valid.. asalkan anda kekal muda dan remaja sama macam dalam gambar tu. Haahahahaha

Thursday, January 19, 2012

posting siri 2



Selama seminggu masa diperuntukkan sebelum tarikh posting bermula iaitu 16 januari 2012.
Aku menunggu dan menunggu kat mana daerah yang aku bakal ditempatkan. Benda ni berkait jugak dengan tiket penerbangan aku, sebab bila kita tahu tempat kita akan mendarat, kita tau daerah mana yang kita bakal dipostingkan. Sarawak tu besar yeop! Ada beberapa lapangan terbang tempat kami bakal guru mendarat iaitu Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Pagi 16hb tu, aku dikejutkan dengan call dari Faiq, yang gitau aku dapat ke Baram. Dia pun dapat Area yang sama jugak. Rasa terkejut dengan kadar berganda, tapi lega sikit la... at least ada jugak geng sama2 kat sini. Abang Man Kuala pernah gitau aku, yang aku dapat Baram , Miri. Dia leh cek sebab ada sedara kat Sarawak katanya. Aku ingat dia Cuma main main.... tak sangka pulak jadi kenyataan. Hahaha....



So, aku terus call BIG BOSS aka Ayah dan mak aku gitau aku dapat baram. Time tu diorang kat sekolah, hari isnin kan keje. Kat Portal KPM tu bagitau, aku mesti check in ke Hotel Pan Facific Klia, petrang jugak. Kelam kabut ayah dengan mak balik awal ke rumah. Terus pack barang, dan shoot direct ke KLIA.

Wednesday, January 18, 2012

cerita posting siri 1

Setelah mengganggur tak berapa lama lepas tamat belajar PISMP ( Program ijazah Sarjana Muda Perguruan), tibalah masa untuk di” posting”(ditempatkan ke sekolah). Masa untuk kerja la, ye dok?


Tunggu punya tunggu, maka pada 9 hb januari, keputusan posting aku pun keluar di web portal KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia).


Time tu tengah malam, aku terkejut pada kadar yang agak maksima, tapi nasih boleh dikawal. Aku bawak laptop kat abang long aku, dia reaksi senyap je.... Aku tunjuk plak laptop kat mak, dia diam dan tercengang. Lepas tu aku call ayah, dia pun terkejut + blur. Time tu dia pegi kuar minum dengan kawan dia.

Nak tak nak aku mesti pegi. Tiada pengecualian. Mungkin kat sana rezeki aku. Bak kata mak, ada hikmah besar Allah SWT tempatkan aku ke sana. Mungkin aku lebih terdidik untuk atur hidup yang lebih tersusun, lebih “give” daripada “take” , belajar bergaul, belajar benda baru dan dapat pengalaman yang takkan dapat di tempat lain.

ok, masa untuk wat persiapan. Jauh bebeno ni yeop teman nak gerak ni!

Tuesday, January 10, 2012

tamat sudah satu babak

Assalamualaikum dan salam tahun baru 2012.
Cepat benar rasanya masa berlalu dan aku berasa semakin tua.

Dalam sekelip mata aku dah berjaya tamatkan pengajian perguruan aku di IPG Teknik.
5 1/2 tahun yop! Lama tu. Hahaha. Alhamdulilah, dah grad dah pun. Tunggu konvo je bulan Mac ni di PICC Putrajaya.

Exam akhir aku tamat pada 14 Nov 2012 lepas. Minggu depannya pulak diikuti dengan Kursus Induksi ( Alhamdulilah, yang ni pun aku dah lulus).

Pada 30 Nov 2012 pulak, ada interview SPP. So far takde masalah pun interview ni, yang penting kena yakin dan tenang bila berhadapan dengan panel Penemuduga.

Selesai aje interview, aku terus shoot balik ke rumah sewa di Seri Penara, nak kemas secara penghabisan sebab dah tamat waktu untuk kami tinggal kat flat ni. Separuh barang lagi ayah dah angkut awal - awal. Bayangkan baki barang yang lain penuh-penuh je dalam kancil belalang aku sampai tinggal seat driver je. Hahahaha.

Apa- apa pun, bye bye KL, tempat aku membesar, belajar dan dapat pengalaman sepanjang tempoh aku belajar di IPG teknik ni. :)

chow