Wednesday, June 22, 2011

tiket keretapi




Suatu hari, Ajoi naik keretapi Senandung Malam dari JB.

Semasa pemeriksaan tiket di Stesyen Segamat, Ajoi kelihatan risau dan berpeluh-peluh jantan dan betina kerana tiket keretapi dia dah hilang.

Konduktor Tiket: ” Takper encik jangan risau, saya percaya Encik ada tiket…
Saya ingat lagi saya dah periksa tiket encik semasa pemeriksaan pertama tadi di Kulai. Takkan saya suruh encik turun pulak”

Ajoi : “Macam mana tak risau encik….”



Konduktor Tiket:” Encik jangan risau, saya takkan suruh encik beli tiket lain punya…”

Ajoi : “Masalah problemnya tuan….oleh kerana tiket tu dah hilang…, saya lupa di stesyen mana saya nak turun nanti..!!!!”