Friday, June 10, 2011

Kempen Sayangi Muslimah

assalamualaikum.... bertemu di entry yang latest....

mari kita peratikan disekeliling kita pompuan melayu yang beragama ISLAM

antara senarai yg perlu diperhati...

pakai baju tapi dedah pusat
pakai tudung tapi nampak punggung

menutup aurat, lengkap bertudung tapi ketat dan singkat sehingga menampakkan punggung

dan lagi serta lagi...senarainya...

Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?

2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...

3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!

4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..

5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..

6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...

7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...

8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..

9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..

10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..

11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..