Sunday, August 7, 2011

Luar Biasa: Singa Betina Bunuh Buaya Yang Cuba Serang Anak

Bostwana - Pada kebiasaannya pertembungan dua jenis haiwan ganas masing-masing akan cuba mengelakkan diri satu sama lain. Namun satu peristiwa luar biasa ini telah berlaku apabila dua jenis haiwan ganas antara singa dengan buaya saling bertindak menyerang antara satu sama lain. Punca pertelingkahan bermula dengan anak singa cuba diperangkap dan diserang oleh sang buaya semasa si ibu baru saja membunuh seekor kerbau berhampiran tempat tinggal sang buaya. Naluri sebagai ibu begitu kuat untuk mempertahankan anak lalu terus bertindak membalas serangan bersama beberapa ekor singa betina yang lain.


Akhirnya sang buaya ganas tertewas jua dan menjadi habuan kawanan singa. Peristiwa ini sempat dirakam oleh Tony Goldman, 58 tahun semasa dalam perjalanan safari ke Duba Plains, di Botswana, bersama anaknya. Lihat foto-foto menarik adegan pertarungan sengit antara dua jenis haiwan hebat ini yang telah dirakam oleh Mr Tony...[dailymail.co.uk]