Tuesday, January 11, 2011

setelah berlalu lima musim

iAssalamualaikum dan selamat malam

Maka telah terlalu lama lihatnya, aku tidak menulis di dalam sesawang blogspot ini.

Hal ini berikutan kerana kesibukan aku dalam kehidupan.

Apa-apa pun selamat datang ke tahun 2011. Cepat betul masa berlalu.

Jika dihitung daripada post pertama aku, maka Blog ini sudah berusia hampir 4 tahun.

Posting pertama aku ditulis pada 14 Ogos 2007 bertajuk "percubaan"

******************************************************

Maka apabila melangkahnya tahun kesebelas millenium ini, aku telah bergelar pelajar tahun ke

4 atau pun ayat mudah, pelajar tahun akhir @ senior di IPG kampus pendidikan teknik.

Tahun yang menentukan pencapaian aku selaku seorang guru pelatih.

Semoga aku mampu terus bangkit dan sukses.

Antara yang menarik tahun ni. Neraca kemalasan aku menurun ke tahap merosot dan kurang ketiduran di dalam kuliah.

Itu adalah sesuatu berita yang menarik.

*******************************************************

Kita bersambung di post berikutnya. Ada cerita menarik akan dikarang nanti.

Assalamualaikum