Tuesday, June 5, 2012

berita terkini



Assalamualaikum dan selamat malam.

Memang dah lama aku tak update blog ni. Tadi aku ada juga kira-kira pada kalender, dah 140 hari aku menjadi guru di Long San, Baram Ulu termasuklah cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Haha.

Ada beberapa kekangan dan halangan di Long San menyebabkan aku makin malas update blog sebenarnya.
Sebenarnya, banyak cerita yang aku nak kongsikan kepada korang semua. Boleh la sekadar untuk hiburan, pengetahuan dan dalam masa sama, pengajaran. Tapi takpe, nanti aku updatekan satu persatu. Hehe.

Aku sekarang berada di Perak, bercuti di kampung sempena cuti sekolah selama 2 minggu. Cuti lama bro, balik la kampung nak jumpa mak ayah dan family serta kawan-kawan lain.

Ramai yang bertanya pada aku,

"cuti ni tak berjalan ke mana-mana ke?"

Jawapan aku mudah, "duduk rumah je la"

Pada aku, berada di kampung/ rumah sendiri adalah perasaan yang paling selesa dan selamat. Almaklum, aku tinggal dan merantau jauh dari kampung, seberang laut pulak tu. Maka balik kampung adalah suatu nikmat yang menarik sekali. Sebab ? Di rumah ni selesa segala-galanya, ada elektrik, ada air bersih, ada tv astro, ada peti ais, ada makanan cukup, ada internet streamyx yang laju pada aku, ada family dan yang paling best, ada kereta kesayangan aku, iaitu Perodua Kancil "Angelina" Belalang.

Tiada event menarik untuk cuti ni, sekadar jalan-jalan sekitar rumah dan melawat kaum kerabat yang dah lama tak jumpa. Namun, event paling best adalah Kawan aku merangkap coursemate dan housemate sewaktu belajar di maktab dulu sudah nikah di Jenjarom, Selangor.



Selamat Pengantin Baru Kepada Haziq dan Mimi.
Semoga sentiasa berbahagia, hingga akhir zaman.


Dapat jumpa kawan-kawan semaktab dulu, dan tak lupa juga kawan-kawan di KL. Nak jumpa selalu, jangan harap la, "we are living in different land and world" Hahaha

Cuti pun dah tinggal kurang dari seminggu, dan aku kena mula packing untuk kembali semula Ke Baram.

Bersambung...

No comments: