Friday, May 29, 2009

kereta dah siap




terdapat beberapa probs yang berlaku...
speedo meter x function- dah fix blek, sensor tak ketat
wiper x function- esok g perodua blek...
hampeh tul

ps: lambat la nampaknye aku dapat blek kampung

KOME PIKIO LA SENDRI

Kira-kira jam 9.30 malam berlaku satu kemalangan kecil yang membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di Simpang, Taiping ketika rombongan DS Nizar menuju ke beberapa tempat Program dalam Parlimennya.

Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang terus melarikan diri tanpa memberi pertolongan. Kejadian itu berlaku di hadapan kereta DS Hj Nizar beliau meminta pemandunya menghentikan kereta dan terus meluru keluar untuk memberi pertolongan.

Hj Nizar telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.





boleh dibilang berape banyak pemimpin macam ni....
alhamdulilah!

Tuesday, May 26, 2009

ANGELINA KEMBALI HIDUP

lokasi: pusat servis perodua
masa: 5.00 ptg


adeh... side panel lu lupa pasang plak!


tinggal refill gas ekon, wat alignment and balancing dan test keter tu balik...
lepas tu...welcome home AGL!!

Sunday, May 24, 2009

ALOHA- MY LATEST DESIGN

no plate jepun aku dah berjaya custom kan...
sekarang tiba pula no plate hawaii...
mengapa aku pilih hawaii?

sebab hawaii ni syurga bagi pechenta logo macam aiman loco kuala tu...
man.. kalu ko terbaca sini jangan amik hati ye...
aku nak show up kat kome something best ni...

go go loco...!!!

note: sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas
pecinta loco ape lagi???
hehehheh


Saturday, May 23, 2009

Blogger tertua meninggal dunia

MADRID 22 Mei - Seorang warga emas negara ini yang mengumumkan dirinya sebagai blogger tertua di dunia dan mendapat perhatian global melalui Internet, meninggal dunia semalam pada umur 97 tahun, lapor pegawai dan laporan media.

Maria Amelia Lopez, yang diperkenalkan kepada dunia blog oleh seorang cucunya, menggabungkan unsur humor dan nostalgia ketika mengenangkan kehidupan semasa pemerintahan diktator Francisco Franco, menjadikannya popular.

''Hari ini adalah hari jadi saya dan cucu saya yang sangat kedekut memberikan saya satu blog,'' tulis Lopez pada cerita pertama di dalam blognya iaitu amis95.blogspot.com pada 23 Disember 2006.

Blog warga emas itu dengan pantas mengecap populariti setelah media melaporkan ia dikunjungi lebih 1.5 juta pengunjung. Blog itu juga membolehkan Lopez bertemu Perdana Menteri, Jose Luis Rodriguez Zapatero, yang disokongnya secara terbuka.

Pada musim panas, nenek itu biasanya menulis blog daripada rumahnya di tepi laut dekat Muxia, barat laut Sepanyol, itu tempat kelahirannya pada 1911 dan dari rumah ladang di Galician di mana dia tinggal sepanjang tahun bersama cucunya, Daniel.

Blog Lopez menyentuh mengenai masalah kesihatan peribadinya, daripada pertemuannya dengan doktor disebabkan pening sehinggalah pandangannya terhadap peristiwa-peristiwa terkini; daripada keganasan puak pemisah Basque hinggalah kepada dakwaan angkuh nuklear Iran.

Dia akan menulis blog tanpa mengikut masa, kadang-kadang seminggu sekali atau setiap hari dengan bantuan cucunya disebabkan masalah katarak yang membataskan penglihatannya. - AFP

rezeki

rezeki hari ni
-nasi
-tempe goreng pedas
-kuah kari
-cabai solo
-budu sikit
-air kosong

jadi la... alhamdulilah..

baca doa makan dulu...

jemput makan ye... hahaa



Friday, May 22, 2009

Wednesday, May 20, 2009

BERTAHAN DI SANA

sekadar motivasi semata-mata
tiada kaitan dengan mane2 gadis atau aweks..
hahha

KISAH KLASIK UNTUK MASA DEPAN