Thursday, June 16, 2011

Elakkan Kecurian, Dirompak dan Dirogol di dalam rumah sendiri

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00am).

Wasallam.

Friday, June 10, 2011

Kempen Sayangi Muslimah

assalamualaikum.... bertemu di entry yang latest....

mari kita peratikan disekeliling kita pompuan melayu yang beragama ISLAM

antara senarai yg perlu diperhati...

pakai baju tapi dedah pusat
pakai tudung tapi nampak punggung

menutup aurat, lengkap bertudung tapi ketat dan singkat sehingga menampakkan punggung

dan lagi serta lagi...senarainya...

Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?

2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...

3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!

4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..

5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..

6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...

7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...

8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..

9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..

10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..

11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..














Monday, May 23, 2011

kata-kata jadi nyata


kadang - kadang madah pujangga ni bagi efek jugak

Kisah Cinta, Perempuan Sukakan Kejujuran Dalam Cinta?


“Awak, saya tanya sikit boleh?” Fara, awek aku tiba-tiba menyapa ketika kami sedang merendek di taman.

Hari ni 10 hb Januari, genap 3 tahun sudah kisah cinta kami. Seperti pasangan-pasangan lelaki dan perempuan yang lain, asal ulangtahun percintaan je, mesti la celebrate sama-sama. Perkenalan kami bermula di USM, kami sekelas dahulu.

“Ye???” balas aku.

“Macam mana awak boleh ngorat saya? Apa yang special sangat dekat saya sampai awak ngorat saya ni dulu….?” manja je Fara bertanya kat aku. Matanya bersinar-sinar. Nampak sangat ada curiosity kat matanya.

“Nak jawapan jujur ke tipu???”

“Jujur laaaaa…..” Fara merengek-rengek sambil cubit lengan aku…

“Ehmmmmmmmm…. Saya sebenarnya suka dengan tongek punggung awak. Tiap kali awak ke kelas, saya naik geram tengok awak dress up baju kebarung. Hari-hari saya skodeng bontot awak dari jauh. Sebab tu dalam kelas saya selalu duduk dekat belakang supaya saya boleh skodeng bontot awak…… Tu la puncanya saya terpikat de…….”

Belum pun aku habis cakap, tiba-tiba…

PELEMPANGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!



Hari ni 14 hb Januari… Pipi aku merah… dah 4 hari masih tak hilang-hilang lagi merah kat pipi aku ni…

Celaka ko Fara!!! Ko suruh aku jujur, tapi last-last ni yang aku dapat.

Ni la perempuan… nak minta kita jujur, bila kita jujur, dia pula macam taikkkkk…Ceeehhhh..

mohazam said:: hahahahha

Sunday, May 22, 2011

Dialog Dua Hantu



Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A
mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Tuesday, March 29, 2011

TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )

TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )



TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb
2001
- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 thn
- 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Sebab :
- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN

Normal Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn

Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup

Hipertensi Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup

Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan

Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu

Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

GEJALA-GEJALA YG BIASA


1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab



Serangan Iskemia Sementara (TIA)
* "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak.
* Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
* Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.

2 JENIS STROK ASAS

'Strok trombik' (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah'
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET

1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI

1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
3. Kekacang, soya, dal dan dll...
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang, sekali kala goring.

UBAH GAYA HIDUP
* Pil perancang
* Rokok
* Alkohol
* Ketegangan (Stress)
* Amalkan Senaman

Sunday, March 13, 2011

cuci kipas blower air con



,

Assalamualaikum. Hari ni hari pertama aku bercuti di kampung sempena cuti sekolah bulan mac ni.


Disebabkan tangan ni gatal dan berasa boring,

aku memulakan aktiviti DIY "mencuci kipas blower aircon"






motor blower ni dapat kenalpasti pada bahagian bawah substereng,
dekat belakang centre dashboard.( kancil)

ada 3 skru saiz 8 yang mesti dibukak. guna kan spanar wrench atau mana-mana tools yang sesuai kerana lokasi motor blower ni berada dalam keadaan sempit.

apa-apa pun, cabut soket terlebih dahulu

**********************************************************************


bukak nat pada bilah kipas menggunakan wrench saiz 8.

basuh bilah kipas dengan air bersih dan sabun untuk tanggalkan kekotoran seperti debu, habuk dan sebagainya.


nampak ketara kan? sebelum dan selepas cuci eeeeuuuuuuu

jemur dan pasti bilah kipas betul betul kering.




pasang balik bilah kipas pada motor dan pasang motor kembali pada housing dengan mengulang step pertama tadi.


reason cuci kipas blower:

  • dapat tingkatkan jangka hayat kipas blower
  • memastikan aircon menghasilkan udara sejuk yang bersih
  • aku dah boring, tak tau nak wat apa. hehehhe

sekian, selamat mencuba

Tuesday, February 15, 2011

hello new item

assalamualaikum.

Masa cuti Tahun Baru Cina Nokia 3500 klasik aku yang dah berusia hampir 3 tahun semakin buat masalah.

- simkad susah nak detect
- casing makin bergoyang

punca?

- aku pakai lasak sangat
- pernah jatuh banyak kali.
- dah umur lanjut kot.

kebetulan pulak elaun dah masuk. Nak tak nak aku kena beli baru jugak. Handset bukan lagi lambang kemewahan atau menunjuk-nunjuk, tapi keperluan asas. Macam mana family dengan kawan-kawan nak kontek? macam mana customer nak kontek oder barang? macam mana awek nak kontek? aku single lagi. Hahahaha

berbekalkan kajian melalui google.com, nokia dan nasihat daripada abang long, aku pun membeli sebuah nokia sebagai gantian kepada 3500C yang makin bermasalah ni.

nanti aku reviewkan. hehehhe

Tuesday, January 11, 2011

setelah berlalu lima musim

iAssalamualaikum dan selamat malam

Maka telah terlalu lama lihatnya, aku tidak menulis di dalam sesawang blogspot ini.

Hal ini berikutan kerana kesibukan aku dalam kehidupan.

Apa-apa pun selamat datang ke tahun 2011. Cepat betul masa berlalu.

Jika dihitung daripada post pertama aku, maka Blog ini sudah berusia hampir 4 tahun.

Posting pertama aku ditulis pada 14 Ogos 2007 bertajuk "percubaan"

******************************************************

Maka apabila melangkahnya tahun kesebelas millenium ini, aku telah bergelar pelajar tahun ke

4 atau pun ayat mudah, pelajar tahun akhir @ senior di IPG kampus pendidikan teknik.

Tahun yang menentukan pencapaian aku selaku seorang guru pelatih.

Semoga aku mampu terus bangkit dan sukses.

Antara yang menarik tahun ni. Neraca kemalasan aku menurun ke tahap merosot dan kurang ketiduran di dalam kuliah.

Itu adalah sesuatu berita yang menarik.

*******************************************************

Kita bersambung di post berikutnya. Ada cerita menarik akan dikarang nanti.

Assalamualaikum